Dasar Privasi
Version In English

DASAR HAK KERAHSIAAN TWIN TOWERS MEDICAL CENTRE KLCC SDN BHD (“TTMC”)
Terima kasih kerana mengunjungi kami di www.ttmcklcc.com.my. Hak kerahsiaan anda penting bagi kami. Kami berusaha melakukan yang terbaik dalam menghargai kepercayaan yang diberikan pelanggan terhadap jenama kami dan komitmen kami terhadap hak kerahsiaan anda juga tidak terkecuali. Kami komited dalam melindungi hak kerahsiaan anda. Dasar ini diguna pakai bagi semua pihak yang mengunjungi laman web kami atau yang menggunakan perkhidmatan dalam talian kami. Perkhidmatan yang disediakan oleh TTMC dalam laman web ini disediakan menurut Terma dan Syarat laman web ini dan mengikut undang-undang Malaysia. TTMC akan bertindak mengikut perundangan Malaysia semasa berkenaan perlindungan maklumat peribadi di bawah Dasar ini dan mengikut sejauh mana yang boleh dilaksanakan.

Jadual Kandungan:

  1. Kami prihatin terhadap Hak Kerahsiaan Anda
  2. Mengenai Pengumpulan Maklumat
  3. Maklumat Peribadi
  4. Pengumpulan Maklumat Bukan Peribadi
  5. Tujuan dan Penggunaan Maklumat Peribadi
  6. Persetujuan Pelanggan (Penyertaan & Penarikan diri)
  7. Ketepatan Maklumat
  8. Mengakses dan Mengemas kini Maklumat Peribadi
  9. Tarikh Kuat Kuasa dan Perubahan kepada Dasar Hak Kerahsiaan
  10. Keselamatan Maklumat Peribadi Anda
  11. Pautan kepada Laman lain
  12. Kuki
  13. Hak Kerahsiaan Kanak-Kanak
  14. Pengalaman Pesakit TTMC
  15. Hubungi Kami

 

1.   Kami Prihatin Terhadap Hak Kerahsiaan Anda

1.1 TTMC sedar bahawa perlindungan Maklumat Peribadi pengguna laman web merupakan prinsip yang amat penting dalam membina kepercayaan dan mengekalkan hubungan yang baik dengan pesakit atau pelanggannya. Dalam Dasar Hak Kerahsiaan ini, kata ganti nama pertama (“kami”) merujuk kepada TTMC yang bertanggungjawab mengumpul Maklumat Peribadi dan terikat oleh Dasar Hak Kerahsiaan ini. Kata ganti nama kedua (“anda”) merujuk kepada anda sebagai pelanggan, atau secara amnya individu yang memberi Maklumat Peribadi atau apa sahaja maklumat lain, yang menjadi hal perkara dalam Dasar Hak Kerahsiaan ini.
1.2 Dasar Hak Kerahsiaan ini memerincikan komitmen kami dan hak anda berkenaan Pemprosesan Maklumat Peribadi anda yang digunakan untuk Tujuan seperti yang dinyatakan dalam seksyen 5 di bawah.
1.3 Kami bertanggungjawab ke atas Maklumat Peribadi yang berada di bawah kawalan kami, termasuk Maklumat Peribadi yang didedahkan oleh kami kepada Pembekal (biasanya dirujuk sebagai pemproses data). “Pembekal” dalam Dasar Hak Kerahsiaan ini bermaksud, sehubungan dengan Maklumat Peribadi, sesiapa sahaja atau mana-mana entiti (kecuali kakitangan TTMC) yang Memproses Maklumat Peribadi bagi pihak TTMC “Pemprosesan”, berhubung dengan Maklumat Peribadi bermaksud sebagai contoh, mengumpul, memperoleh, merekod, memegang, mengguna atau menyimpan Maklumat Peribadi dalam menjalankan apa-apa pengendalian atau beberapa pengendalian terhadap Maklumat Peribadi termasuk pengurusan, penyusunan, pemerolehan, pendedahan Maklumat Peribadi untuk Tujuan pengesahan.
1.4 Dalam keadaan yang tertentu, Dasar Hak kerahsiaan ini juga boleh ditambah dengan dasar dan terma tambahan, atau Kenyataan Hak Kerahsiaan ringkas yang digunakan berhubung tujuan(-tujuan) tertentu atau dalam pelbagai borang, yang ketaklukan penggunaannya akan kami kenal pasti.
1.5 Kami mengambil setiap langkah untuk menyediakan tahap perlindungan Maklumat Peribadi yang setanding sekiranya maklumat diProses oleh Pembekal.
1.6 Dengan memberi Maklumat Peribadi anda, anda bersetuju dengan pengumpulan dan penggunaan atau lain-lain Pemprosesan (termasuk pendedahan) Maklumat Peribadi anda dengan cara dan untuk Tujuan yang diterangkan dalam Dasar Hak Kerahsiaan ini.


2.   Mengenai Pengumpulan Maklumat

2.1 Kami berkomunikasi dengan anda melalui pelbagai cara dan saluran, termasuklah melalui hospital, Pasukan Perkhidmatan Pelanggan, menerusi internet (saluran maklumat atau saluran digital berkaitan yang lain) dan juga melalui surat-menyurat, e-mel, telefon, faks, atau pesanan ringkas di telefon bimbit anda, walaupun kami secara amnya memaklumkan bahawa kaedah komunikasi pilihan kami ialah e-mel yang meninggalkan kesan paling sedikit terhadap alam sekitar. Komunikasi tersebut mungkin melibatkan pemberian maklumat kepada, serta penerimaan maklumat daripada anda. Sesetengah maklumat yang kami terima ialah maklumat yang mengesahkan identiti anda (seperti tertakrif dalam seksyen 3 di bawah), manakala sesetengah maklumat (khususnya maklumat yang dikumpul hasil daripada pengaksesan anda ke laman web kami) ialah maklumat yang tidak mengesahkan identiti anda (seperti yang diterangkan dalam seksyen 4 di bawah). Sebahagian besar Dasar Hak Kerahsiaan ini melibatkan Pemprosesan Maklumat Peribadi.
2.2 Kami menyediakan anda dengan maklumat yang menerangkan sebab Maklumat Peribadi diperlukan dan bagaimana Maklumat Peribadi diproses.


3. Maklumat Peribadi

3.1 Berpandukan takrifan yang diberikan kepada Data Peribadi di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010, data peribadi boleh mengambil pelbagai bentuk, termasuk:

(a) nama;
(b) tarikh lahir;
(c) nombor pasport atau kad pengenalan;
(d) alamat rumah, nombor telefon, nombor faks atau alamat e-mel;
(e) gambar;
(f) Umur, jantina, taraf perkahwinan atau taraf kekeluargaan;
(g) keturunan, bangsa, kewarganegaraan, atau asal-usul kebangsaan atau etnik;
(h) agama atau kepercayaan agama, kepercayaan politik, persatuan atau kegiatan;
(i) jenis darah, cap jari, atau ciri-ciri yang diwarisi, DNA;
(j) pendidikan, penggajian atau pekerjaan, atau sejarah pendidikan, penggajian atau pekerjaan;
(k) sumber pendapatan atau kedudukan, kegiatan atau sejarah kewangan;
(l) sejarah jenayah yang merangkumi kesalahan pelanggaran peraturan; dan
(m) maklumat kesihatan peribadi tentang seseorang individu: “Maklumat kesihatan peribadi” bermaksud maklumat yang direkodkan mengenai seseorang individu yang identitinya boleh dikenal pasti dan ada kaitan dengan:
(i) kesihatan individu atau sejarah penjagaan kesihatan;
(ii) peruntukan penjagaan kesihatan untuk individu tersebut; atau
(iii) bayaran atas penjagaan kesihatan yang disediakan untuk individu tersebut, dan termasuk:
“Nombor Rekod Perubatan” dan nombor pengenalan yang lain, simbol atau butiran yang diperuntukkan kepada seseorang individu, dan
apa-apa maklumat pengenalan mengenai individu berkenaan yang dikumpulkan semasa, dan yang berkaitan dengan, peruntukan penjagaan kesihatan atau pembayaran penjagaan kesihatan. “Penjagaan kesihatan” bermaksud apa sahaja penjagaan, perkhidmatan atau prosedur yang:
(i) diberikan untuk mendiagnosis, merawat atau mengekalkan keadaan fizikal atau mental seseorang individu;
(ii) diberikan untuk mencegah penyakit atau kecederaan atau menggalakkan kesihatan
diri, atau
(iii) memberi kesan kepada struktur atau fungsi badan, dan termasuk penjualan atau pemberian dadah, peranti, peralatan atau lain-lain barang yang diberi menurut
preskripsi.
NOTA: senarai ini tidak menyeluruh, kerana perkataan “termasuk” digunakan, klausa (a) ke (m) tidak menyatakan semua maklumat yang dianggap sebagai maklumat peribadi.
3.2 Kami mengehadkan jumlah dan bentuk maklumat yang dikumpul, setakat yang diperlukan untuk Tujuan yang telah dikenal pasti dan tidak akan mengumpul Maklumat Peribadi anda melainkan anda (secara langsung atau tidak langsung) memberi kepada kami dengan sukarela.

4.   Pengumpulan Maklumat Bukan Peribadi

4.1 Semasa mengumpul maklumat daripada laman web kami, seperti kebanyakan laman web yang lain, kami secara automatiknya mengumpul maklumat bukan peribadi tertentu yang tidak mengesahkan identiti anda berhubung penggunaan laman web kami. Contohnya alamat Protokol Internet komputer anda, alamat Protokol Internet Pembekal Perkhidmatan Internet anda, tarikh dan masa anda mengakses laman web tersebut, alamat internet laman web di mana anda dihubungkan terus ke laman web kami, sistem pengendalian yang anda gunakan, bahagian laman web yang anda kunjungi, halaman laman web yang telah anda baca dan gambar yang telah anda lihat, dan kandungan yang anda muat turun daripada laman web kami.
4.2 Kami boleh mengguna maklumat bukan peribadi untuk menyediakan laporan jejak maklumat tentang demografi pengguna laman dan corak penggunaan laman. Tiada sebarang butiran jejak maklumat di dalam laporan boleh atau akan dikaitkan dengan identiti atau Maklumat Peribadi lain pengguna individu.
4.3 Dengan ini, kunjungan anda ke laman web kami akan direkodkan; namun begitu, identiti anda tidak akan diketahui kami melainkan anda memilih untuk berkongsi maklumat secara khususnya dengan kami. Kami mengguna maklumat ini mengenai cara penggunaan laman web kami oleh pelanggan kami untuk memahami dengan lebih baik ciri-ciri mana yang paling popular dan yang paling menepati keperluan pengunjung kami.

5. Tujuan dan Penggunaan Maklumat Peribadi

5.1 Kami mengumpul Maklumat Peribadi yang anda beri kepada kami secara sukarela di mana-mana laman web TTMC, program kesetiaan dan skim kesetiaan pelanggan kami, borang maklum balas pelanggan, borang janji temu dan saluran berkaitan yang lain dan memprosesnya untuk tujuan-tujuan (“Tujuan”) yang berikut:
5.1.1 untuk menyempurnakan urus niaga dengan anda dan mentadbir dan mengurus/mengesahkan keahlian anda dengan khidmat pelanggan terpilih kami (jika anda ialah pelanggan terpilih kami), program kesetiaan kami (jika anda melangganinya), skim kesetiaan pelanggan kami (jika anda ialah ahli).
5.1.2 untuk pemasaran terus kepada anda;
5.1.3 untuk memahami dan menganalisis perkhidmatan kami, dan keperluan serta kecenderungan anda;
5.1.4 untuk memulakan, mempertingkatkan, memasarkan dan menyediakan produk dan perkhidmatan demi memenuhi keperluan anda;
5.1.5 untuk membolehkan anda menyertai acara, promosi dan peraduan;
5.1.6 untuk membolehkan anda menyertai penyelidikan pelanggan atau kumpulan tumpuan;
5.1.7 untuk menyuai khusus perkhidmatan kami;
5.1.8 untuk memperbaiki mutu perkhidmatan kami;
5.1.9 untuk memberi respon terhadap permintaan atau aduan; dan
5.1.10 untuk mengurus dan menjawab pertanyaan, permintaan atau aduan;
5.1.11 untuk mengesahkan janji temu
5.2 Kami hanya menyimpan Maklumat Peribadi selagi ia masih diperlukan untuk memenuhi Tujuan yang ditetapkan, yang memerlukan ia dikumpulkan. Kami menyimpan Maklumat Peribadi ini menurut garis panduan, tatacara dan prinsip kami sendiri dan selaras dengan perundangan yang diterima pakai.
5.3 Kami boleh mendedahkan Maklumat Peribadi anda kepada Pembekal seperti yang diterangkan dalam seksyen 1.3 di atas. Anak-anak syarikat ini akan menganggap Maklumat Peribadi anda sebagai sulit, selaras dengan Dasar Hak Kerahsiaan ini dan dengan semua perundangan Perlindungan Data yang tertakluk dan akan memproses Maklumat Peribadi tersebut hanya untuk Tujuan dan dalam lingkungan terma yang dinyatakan di dalam sini.
5.4 Kami boleh mendedahkan Maklumat Peribadi anda jika kami dikehendaki berbuat demikian di bawah undang-undang atau atas permintaan pihak berkuasa yang sah.
5.5 Selain daripada yang termaktub di atas, kami boleh dari semasa ke semasa mengusahakan inisiatif tertentu bersama syarikat/organisasi pihak ketiga terpilih (di luar TTMC) untuk berkongsi peluang dengan anda. Jika kami berbuat demikian, kami akan memaklumkan kepada anda pada masa usaha tersebut dibuat agar, jika anda memutuskan untuk menyerahkan apa-apa Maklumat Peribadi, ia akan dikongsi dengan syarikat/organisasi terpilih tersebut dan kami hanya akan berbuat demikian selepas mendapat kebenaran anda.
5.6 Anda akan sentiasa diberi peluang untuk memberi kebenaran (menyertai) agar maklumat anda dikongsikan menurut seksyen 5.5, dan syarikat/organisasi terpilih itu akan dikenal pasti dengan secukupnya supaya anda dapat membuat keputusan yang termaklum. Jika anda memberi kebenaran (menyertai) dan selepas itu mengunjungi laman web syarikat/organisasi tersebut, kami tidak boleh mengawal cara mereka menggunakan atau dalam cara-cara lain, memproses apa-apa Maklumat Peribadi yang anda berikan secara terus kepada mereka. Kami sentiasa menggalakkan anda agar menyemak terma dan syarat laman dan dasar hak kerahsiaan mereka sebelum anda memberi apa-apa Maklumat Peribadi.
5.7 Jika anda memberi kebenaran (menyertai) untuk menerima komunikasi seperti ini, anda boleh menarik diri pada bila-bila masa pada masa hadapan dengan menghubungi kami melalui cara yang dinyatakan dalam seksyen 6.4 di bawah.
5.8 Jika kami perlu mengumpul Maklumat Peribadi anda untuk tujuan yang belum kami maklumkan kepada anda sebelum ini dan tidak dinyatakan dalam Dasar Hak Kerahsiaan ini, kami akan berusaha untuk memaklumkan dan mendapatkan persetujuan anda sebelum pengumpulan tersebut dilakukan, atau sekiranya ini tidak dapat dilakukan, kami akan memaklumkan kepada anda secepat yang boleh selepas itu. Kami bagaimanapun akan hanya menggunakan Maklumat Peribadi anda untuk tujuan yang telah ditetapkan sebelum penggunaannya atau jika Pemprosesan Maklumat Peribadi anda perlu untuk pelaksanaan kontrak yang melibatkan anda sebagai pihak terbabit atau untuk mengambil tindakan atas permintaan anda sebelum memasuki sesuatu kontrak atau Pemprosesan diperlukan untuk tujuan undang-undang yang lain.

6.   Persetujuan Pelanggan (Penyertaan & Penarikan diri)

6.1 Penyertaan: Kami tidak akan menggunakan Maklumat Peribadi anda untuk tujuan yang tidak ditetapkan sebelumnya, melainkan sebelum itu kami telah mendapat persetujuan anda atau melainkan tujuan tersebut perlu di sisi undang-undang.
6.2 Persetujuan untuk memberi Maklumat Peribadi bukan syarat untuk kami menjual produk dan/atau perkhidmatan kepada anda, kecuali jika maklumat yang diminta diperlukan bagi memenuhi tujuan yang jelas ternyata dan sah.
6.3 Dengan khususnya, kami secara amnya akan mendapatkan kebenaran (penyertaan) anda yang nyata sebelum menghantar komunikasi pemasaran kepada anda (lihat 5.1.2 di atas).
6.4 Penarikan diri: Pada bila-bila masa sahaja, anda boleh menarik balik persetujuan anda terhadap pengumpulan, penggunaan atau pendedahan (secara amnya, Pemprosesan) Maklumat Peribadi anda di alamat atau dengan cara yang dinyatakan dalam seksyen 15 Dasar Hak Kerahsiaan ini. Sekiranya anda mempunyai sebarang kemusykilan berkenaan fungsi penarikan diri yang kami sediakan untuk anda menurut bahagian ini, sila hubungi kami melalui cara yang dinyatakan dalam seksyen 15 Dasar Hak Kerahsiaan ini.
6.5 Jika anda sebelum ini telah memilih untuk menerima komunikasi komersial daripada kami seperti di 6.3 di atas dan pada masa yang sama menjadi ahli skim kesetiaan kami, dan jika keahlian skim tersebut tamat atas apa-apa sebab, kami tidak akan menganggap ia sebagai suatu permintaan penarikan diri automatik, dan kami akan menganggap yang kami mempunyai persetujuan anda yang berterusan, melainkan anda menarik diri secara khususnya, seperti yang diperuntukkan dalam bahagian 6.4.

7.   Ketepatan Maklumat

7.1 Kami memastikan Maklumat Peribadi adalah tepat, lengkap dan terkini sebagaimana yang perlu, dengan mengambil kira penggunaannya dan kepentingan pelanggan kami.
7.2 Sila maklumkan kepada kami mengenai perubahan kepada Maklumat Peribadi anda dan pastikan bahawa maklumat tersebut adalah tepat dan yang terbaru pada bila-bila masa anda mengunjungi kemudahan kami di sebarang lokasi dan juga pada bila-bila masa pemakluman diberikan kepada anda oleh penyedia penjagaan kesihatan yang berkenaan di bawah TTMC.

8.   Mengakses dan mengemas kini Maklumat Peribadi

8.1 Bergantung kepada perundangan, sesetengah pelanggan mempunyai hak bersyarat untuk mengakses, membetulkan, memadam, atau membantah (kepada pemprosesan) Maklumat Peribadi anda dalam simpanan kami dan untuk menerima sejarah penggunaan dan pendedahannya. Sekiranya hak sedemikian tidak diperuntukkan oleh undang-undang, kami masih boleh memberi akses kepada maklumat tersebut. Kami mencadangkan supaya semua permintaan pelanggan untuk mengakses Maklumat Peribadi yang disimpan TTMC dibuat secara bertulis. Namun begitu, kami boleh meminta maklumat tambahan daripada anda dengan yang sewajarnya mengikut keperluan kami dalam memenuhi permintaan anda. TTMC berhak mengenakan yuran yang berpatutan untuk pemprosesan sebarang permintaan pengaksesan data.
8.2 Kami akan meminda Maklumat Peribadi yang terkandung dalam pangkalan data atau di mana-mana tempat sebagaimana yang diperlukan apabila seseorang individu dapat membuktikan ketidaktepatan atau ketaklengkapan Maklumat Peribadi. Pemindaan mungkin melibatkan pembetulan, pemadaman atau penambahan maklumat dan pemberitahuan kepada pihak ketiga, yang kepadanya data didedahkan.

9.   Tarikh Kuat Kuasa dan Perubahan kepada Dasar Hak Kerahsiaan

9.1 Dasar Hak Kerahsiaan ini berkuat kuasa pada 1 November 2013.
9.2 Kami berhak mengubah Dasar Hak Kerahsiaan kami dari semasa ke semasa tanpa memaklumkan terlebih terdahulu. Jika kami ingin mengubah Dasar Hak Kerahsiaan kami, kami anda memuat naik versi yang telah diubah di sini. Oleh itu, anda dicadangkan supaya menyemak laman ini dari semasa ke semasa untuk versi terkini dasar hak kerahsiaan kami. Walau bagaimanapun, anda tidak perlu bimbang oleh kerana apa-apa perubahan tidak akan tertakluk bagi perkara sebelumnya dan tidak akan mengubah cara kami mengendalikan maklumat yang dikumpulkan sebelum itu. Sekiranya anda masih menggunakan perkhidmatan kami selepas Dasar Hak Kerahsiaan kami diubah, anda akan terikat oleh perubahan tersebut.
9.3 Jika, pada bila-bila masa kami memutuskan untuk menggunakan Maklumat Peribadi bagi sebarang tujuan selain daripada, atau sebagai tambahan kepada Tujuan(-tujuan) yang disenaraikan dalam dasar ini (seksyen 5 di atas) atau selain daripada apa yang dinyatakan semasa maklumat ini dikumpulkan, kami akan memaklumkan anda melalui e-mel, dan jika kami tidak mempunyai alamat e-mel anda, kami akan menggunakan apa-apa cara perhubungan sedia ada yang lain, bergantung kepada maklumat perhubungan yang telah anda berikan. Kami hanya akan menggunakannya jika persetujuan anda berkenaan Tujuan tambahan tersebut (yang tidak dimaklumkam sebelumnya, atau tidak termaktub dalam Dasar Hak Kerahsiaan ini sebelumnya) telah diterima.

10.   Keselamatan Maklumat Peribadi Anda

10.1 Kami melindungi Maklumat Peribadi daripada kehilangan atau kecurian, dan juga daripada akses, pendedahan, penyalinan, penggunaan atau pengubahsuaian tanpa kebenaran dengan langkah-langkah perlindungan yang bersesuaian dengan kesensitifan Maklumat Peribadi tersebut, tanpa mengira format penyimpanannya.
10.2 Kami menggunakan pelbagai kaedah untuk melindungi Maklumat Peribadi. Ia termasuklah:
10.21 Langkah perlindungan fizikal: almari fail terkunci, kebenaran masuk ke pejabat yang terhad, dan sistem penggera syarikat
10.22 alatan teknikal: kata laluan dan penyulitan, dengan menggunakan amalan industri yang terbaik secara amnya. Hanya kakitangan yang sah dengan pengenalan pengguna dan kata laluan daripada TTMC mempunyai akses kepada maklumat tersebut.
10.23 kawalan organisasi: perjanjian kerahsiaan, akses yang terbatas kepada maklumat yang perlu diketahui sahaja, latihan pekerja dan pemeriksaan keselamatan.
10.3 Keselamatan dalam talian juga merupakan satu keutamaan. TTMC mengambil langkah-langkah keselamatan seperti penyulitan dan alat pengesahan untuk melindungi Maklumat Peribadi daripada penggunaan tanpa izin. Tembok api digunakan untuk melindungi pelayan (“server”) dan rangkaian kami daripada pengguna tanpa izin dalam memperoleh dan mengusik fail dan maklumat lain yang kami simpan.
10.4 Kami menggunakan teknologi Lapisan Soket Selamat untuk melindungi maklumat dalam talian anda. Ketika memasuki halaman daftar keluar, komputer anda akan mula berhubung dengan pelayan (“server”) kami dalam mod selamat.
10.5 Sungguhpun TTMC tidak dapat memberi jaminan bahawa kehilangan, salah guna atau pengubahan data tidak akan berlaku; TTMCmengambil usaha sewajarnya untuk mencegah kejadian yang tidak diingini itu daripada berlaku.
10.6 Anda diingatkan agar keluar daripada tetingkap pelayar selepas penggunaan untuk melumpuhkan sebarang akses oleh pihak tanpa izin. Ia merupakan tanggungjawab anda pada setiap masa, supaya tidak mendedahkan pengenalan pengguna peribadi dan kata laluan anda kepada mana-mana pihak ketiga.

11.   Pautan kepada Laman Web Lain

11.1 Laman web ini atau mana-mana laman web TTMC yang lain mungkin mengandungi pautan kepada laman web yang dimiliki dan dikelolakan oleh pihak ketiga atau sumber internet yang lain. Apabila anda mengklik salah satu daripada pautan tersebut, anda sedang menghubungi laman web atau sumber internet yang lain. Kami tidak bertanggungjawab atau tidak menanggung liabiliti serta tiada kawalan ke atas laman web atau sumber internet yang lain ataupun atas pengumpulan, penggunaan dan pendedahan (pemprosesan) Maklumat Peribadi anda. Laman web pihak ketiga yang dirujuk di laman kami tidak dalam apa cara sekalipun menandakan sokongan terhadap kandungan, tindakan atau dasar laman web tersebut.
11.2 Kami menggalakkan anda agar membaca dasar hak kerahsiaan laman tersebut yang lain untuk memahami cara mereka mengumpul dan menggunakan maklumat mengenai anda.
11.3 Apa-apa promosi dan peraduan yang dianjurkan melalui saluran TTMC yang berkaitan seperti Facebook tidak sama sekali ditaja, disokong atau dikendalikan oleh, atau berkaitan dengan Facebook. Anda memberi maklumat anda kepada TTMC dengan Tujuan menyertai aktiviti dalam talian yang dikendalikan oleh TTMC dan bukannya Facebook.

12.   Kuki

12.1 Kuki ialah fail teks kecil yang disimpan di komputer anda dan diwujudkan apabila anda mengunjungi laman(-laman) web kami atau mengguna perkhidmatan atas talian kami dan ia dapat mengesahkan pelayar anda secara uniknya. Seperti kebanyakan laman web lain, kami boleh menggunakan kuki di laman web kami untuk membenarkan anda menetapkan pemilihan anda tersendiri dan untuk membantu kami menyediakan pengalaman pengguna yang lebih baik.
12.2 Anda boleh memilih sama ada mahu menerima atau menolak kuki sekiranya ia dibenarkan oleh pelayar anda, namun penolakan kuki boleh menjejaskan penggunaan laman web anda dan keupayaan anda untuk mengakses ciri-ciri tertentu laman tersebut atau untuk melaksanakan urus niaga.

13.   Hak Kerahsiaan Kanak-Kanak

13.1 Kami tidak akan dengan sengajanya mengumpul atau cuba mendapatkan Maklumat Peribadi daripada individu yang berumur di bawah usia lapan belas (18) tahun tanpa mendapat persetujuan yang disahkan oleh ibu bapa terlebih dahulu. Jika anda berumur di bawah 18 tahun, anda tidak boleh memberi maklumat kepada kami. Sekiranya kami mendapat tahu seseorang di bawah umur 18 tahun telah memberi Maklumat Peribadi kepada kami tanpa persetujuan yang disahkan oleh ibu bapa (yang boleh berlaku sekiranya maklumat diberi menerusi laman web kami), Maklumat Peribadi tersebut akan disingkirkan daripada fail kami.

14.  Pengalaman Pesakit TTMC

14.1 TTMC boleh mendokumenkan dan berkongsi kisah-kisah pesakit (“Kisah-kisah” atau “Kisah”) dalam bahagian Pengalaman Pesakit laman ini. Kami memperoleh Kisah-kisah daripada pelbagai sumber, termasuklah tetapi tidak terhad kepada (i) Borang Maklum Balas Pelanggan; (ii) Kaji Selidik Kepuasan Pelanggan; dan (iii) bahagian “Maklum Balas” laman ini. Kisah-kisah akan digunakan selepas kebenaran diperoleh dan pesakit (“Pesakit”) yang bersetuju untuk ditemu ramah boleh dihubungi melalui telefon atau e-mel. Maklumat yang dikumpulkan untuk menghasilkan sesuatu Kisah mungkin termasuk jawapan kepada soalan berkaitan keadaan kesihatan Pesakit. Apa-apa maklumat yang mengesahkan identiti akan disimpan dalam sistem berkeselamatan. Pesakit yang telah bersetuju untuk ditemu ramah bagi sesuatu Kisah diberi peluang untuk menyemak Kisah terakhir dan boleh menerbitkan Kisah tersebut tanpa nama. Kisah yang telah dipersetujui Pesakit boleh dimuat naik dalam Laman ini, digunakan dalam bahan bercetak, atau diberikan kepada pihak media tertentu atau pihak ketiga yang lain. Maklumat Pesakit tidak akan dikongsikan tanpa persetujuan.

15.   Hubungi Kami

15.1 TTM Cmempunyai prosedur yang telah ditetapkan untuk menerima dan membalas pertanyaan berkenaan dasar dan amalan TTMC berhubung pengendalian Maklumat Peribadi. Apa-apa aduan atau pertanyaan harus dibuat secara bertulis dan dialamatkan seperti yang dinyatakan dalam seksyen 15 di bawah. Jika terdapat apa-apa pertanyaan atau kemusykilan berkenaan Dasar Hak Kerahsiaan ini atau amalan pengumpulan data yang diterangkan di sini, sila hubungi kami melalui:

(a) E-mel : enquiry.pdpa@ttmc-klcc.com
(b)

Surat-menyurat: Pegawai Privasi, Twin Towers Medical Centre KLCC Sdn Bhd, Lot LC402-404, Level 4, Suria KLCC, Kuala Lumpur City Centre, 50088 Kuala Lumpur.

15.2 Anda diingatkan agar tidak membuat penghantaran maklumat sensitif seperti kata laluan, maklumat kad kredit dan lain-lain melalui saluran yang tidak disulitkan (seperti e-mel). Jika anda ingin menarik diri, sila rujuk kepada perenggan 6.4 di atas.
PENTING: Dengan melayari laman web ini dan mana-mana halamannya, anda telah bersetuju kepada terma yang termaktub di atas dalam Dasar Hak Kerahsiaan kami.
Back To Top